KLIK-KLIK

Thursday, April 15, 2010

Sejarah PDK Permatang Guntong

Sejarah penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permatang Guntong bermula pada Mac 2004 apabila Pengerusi Persatuan Belia Permatang Guntong (PERMATA), Encik Abdul Rahman Bin Hj. Mohamed Noor mengadakan pertemuan dengan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, Encik Farul Izard.

Pertemuan yang diatur tersebut adalah untuk membincangkan penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang bakal diwujudkan di kawasan Permatang Guntong, Mukim Sungai Durian,Teluk Intan, Perak.

Berdasarkan kajian dan pemantauan yang dilakukan di kawasan berkenaan, terdapat anak-anak OKU yang belum mendapat pendedahan berkenaan program PDK.Hal ini kerana lokasi PDK sedia ada di Kampong Gajah adalah terlalu jauh dari penempatan penduduk yang memerlukan.

Tanggal Disember 2005 menyaksikan limpahan kasih sayang dan keprihatinan seorang individu, Puan Ranti Binti Sakiman terhadap anak-anak OKU ini.Beliau telah memberi keizinan kepada PDK yang bakal ditubuhkan untuk menjalankan sessi pembelajaran di rumah sewanya dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM 200.00.

Maka bermula 1 Januari 2006, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Permatang Guntong beroperasi secara rasmi di bawah seliaan sepenuhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat.Sasaran utama PDK ialah untuk melatih dan membimbing anak-anak OKU berumur di dalam lingkungan 18 tahun ke bawah.

Walaupun bermula dengan kesukaran untuk meraih kepercayaan ibubapa anak-anak OKU terhadap PDK yang ditubuhkan ini, kini pihak PDK Permatang Guntong mampu menarik nafas lega dengan peningkatan tahap kesedaran ibubapa terhadap fungsi PDK yang sentiasa diterangkan dari masa ke semasa.

Keyakinan ibubapa kian meningkat apabila keberkesanan, keupayaan dan kejayaan PDK ini kini terbukti. Pertambahan bilangan anak-anak OKU yang memerlukan khidmat PDK ini juga menunjukkan PDK Permatang Guntong telah berada di landasan yang tepat untuk membimbing golongan ini.

Kualiti petugas PDK pula sentiasa dipertingkatkan untuk mencapai sasaran khidmat berkualiti.Petugas-petugas PDK akan diberi kursus dan kaunseling dari masa ke semasa seiring hasrat mewujudkan sesi pembelajaran dan tunjuk ajar kepada anak-anak OKU yang cemerlang.

Pada 25 Januari 2006, satu jawatankuasa dibentuk untuk menyelaras dan melancarkan program-program yang diatur oleh pengurusan PDK Permatang Guntong.Pentadbir mukim, badan-badan sukarela dan pemimpin-pemimpin tempatan diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, nasihat mahupun usul demi pembangunan PDK Permatang Guntong.

Masa berlalu, musim berganti.Petugas dan ahli jawatankuasa turut bersilih ganti mengisi ruang pentadbiran.Namun hari ini PDK Permatang Guntong mampu berdiri megah untuk melunasi hasrat dan harapan mereka yang kurang bernasib baik untuk meraih secebis bimbingan dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini.

Semoga keprihatinan dan kasih sayang anda yang tertumpah di PDK Permatang Guntong ini akan diberkati dan mendapar rahmat dari Allah SWT,Insya'Allah...

Pelajar-Pelajar PDK

SORRY.PAGE UNDER CONSTRUCTION
@admin

Organisasi PDK Permatang Guntong

EN. HARIFF BIN ABU HASSAN PENASIHAT 1
EN. JAAFAR BIN HJ. MOHAMED NOOR PENASIHAT 2
EN. SHARIZAL BIN GHAZALI PENTADBIRAN 1 (PENYELARAS HILIR PERAK)
EN. ABD. RAHMAN BIN HJ. MOHAMED NOOR PENTADBIRAN 2 (PENGURUSAN)
PN. NORMALA BINTI SARBINI BHG. HAL EHWAL MURID/DISIPLIN/UNIT BENGKEL/PENYELIA
PN. NORALIZA BINTI BADUAN BHG. AM/UNIT MEDIA/PEMBELAJARAN
CIK NORASIKIN BINTI ALI BHG. KEWANGAN/FISIOTERAPI
CIK MARIAM BINTI HUSSAIN BHG. KOKO/UNIT PEMBELAJARAN 2

BHG KENDERAAN/PENGANGKUTAN

Ahli Jawatankuasa PDK Permatang Guntong

EN. ABDUL RAHMAN BIN HJ. MOHAMED NOOR PENGERUSI
EN. MUHAMMAD HELMI BIN MOHAMMAD SWADI SETIAUSAHA
CIK NORASSIKIN BINTI ALI BENDAHARI
PN. NORALIZAH BINTI BADUAN AJK
EN. NORBIK BIN SAAD AJK
EN. ISHAK BIN HJ. MOHAMED NOOR AJK
EN. ABDUL LATIF BIN ZAKARIYA AJK
PN. NORAZLINA BINTI SANGAT AJK
CIK NORHAIZAN BINTI JAAFAR AJK
PN. HALIJAH BINTI MAT AJK
EN. MASTAR BIN SAPEMAN AJK
PN. MORTIJAH BINTI HJ. ABDUL GHANI AJK
EN. ABDUL RAHMAN BIN RAMLI AJK
PN. NOR AZRUN JUNAINY BINTI ASMAWI AJK
EN. HASAN BIN ABU BAKAR AJK
CIK MARIAM BINTI HUSAIN LANTIKAN
PN. NORMAH BINTI ABDUL HAMID LANTIKAN
PN. NORMALA BINTI SARBINI LANTIKAN
USTAZ SHAMSUL (SK TELUK BIRAH) LANTIKAN
LANTIKAN

Prasarana dan Infrastruktur

SORRY.PAGE UNDER CONSTRUCTION
@admin

Selamat Datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,blog ini dapat dihasilkan.

Matlamat mewujudkan blog ini ialah sebagai wadah informasi semasa PDK Permatang Guntong, seiring dengan perkembangan ledakan ICT semasa.Bersandarkan hasrat untuk turut serta dalam perjalanan mendaki kemajuan teknologi, blog ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada pencapaian tersebut.

Selain tujuan di atas, objektif blog ini juga adalah untuk memaparkan aktiviti-aktiviti semasa PDK Permatang Guntong sekaligus mempromosikan PDK Permatang Guntong sebagai sebuah organisasi sosial yang sedia berkhidmat untuk golongan OKU di kawasan setempat.

Adalah diharapkan dengan kewujudan blog PDK Permatang Guntong ini, ia akan menjadi salah satu daripada cara komunikasi dua hala yang berkesan serta akses untuk informasi masyarakat setempat dan jabatan-jabatan berkaitan, malahan seluruh warga dunia.

@admin PDK PG