Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,blog ini dapat dihasilkan.
Matlamat mewujudkan blog ini ialah sebagai wadah informasi semasa PDK Permatang Guntong, seiring dengan perkembangan ledakan ICT semasa.Bersandarkan hasrat untuk turut serta dalam perjalanan mendaki kemajuan teknologi, blog ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada pencapaian tersebut.
Selain tujuan di atas, objektif blog ini juga adalah untuk memaparkan aktiviti-aktiviti semasa PDK Permatang Guntong sekaligus mempromosikan PDK Permatang Guntong sebagai sebuah organisasi sosial yang sedia berkhidmat untuk golongan OKU di kawasan setempat.
Adalah diharapkan dengan kewujudan blog PDK Permatang Guntong ini, ia akan menjadi salah satu daripada cara komunikasi dua hala yang berkesan serta akses untuk informasi masyarakat setempat dan jabatan-jabatan berkaitan, malahan seluruh warga dunia.
@admin PDK PG
No comments:
Post a Comment